Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiga penjenayah ditembak mati dekat Selayang (video)


GOMBAK - Polis menembak mati tiga penjenayah di Selayang di sini, awal pagi Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Ariffin Mohamad Nasir berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 pagi.

“Setakat ini, identiti tiga individu berkenaan belum dikenal pasti sama ada warga tempatan atau warga asing.


“Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan akan memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian itu pada sidang akhbar pada jam 2 petang ini,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 12.30 tengah malam itu difahamkan membabitkan sekumpulan penjenayah terbabit samun dan pecah rumah dengan bersenjata api.

Kumpulan ini juga dipercayai aktif melakukan jenayah mereka di sekitar daerah ini.

Sehubungan itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan akan mengadakan sidang media berhubung insiden ini.

video:


-KOSMO! ONLINE.