Polis AS sedang menyiasat laporan dua lelaki melakukan hubungan seks di dalam US Capitol, pada Jumaat.
Video seks yang dilaporkan dirakam di Bangunan Pejabat Senat Hart di Capitol Hill telah mencetuskan kontroversi dan perhatian meluas dalam sosial media.
Portal The Daily Caller, pertama kali melaporkan kewujudan video itu pada hari Jumaat.
Klip itu menggambarkan dua lelaki terlibat dalam aksi seksual. Rakaman itu, disahkan telah dirakam di bilik pendengaran Senat.
Dalam video itu, dua lelaki yang didakwa kakitangan Senat terlibat dalam aksi seksual di dalam bilik yang dikenali sebagai tempat perbicaraan oleh Jawatankuasa Kehakiman Senat.
Salah seorang lelaki itu berbogel dan membongkok di belakang pelamin yang biasanya diduduki senator ketika menjalankan urusan rasmi dan menyoal saksi.
"Kami sedar dan meneliti perkara ini," kata jurucakap Polis Capitol kepada The Advocate petang Jumaat sebagai respons kepada permintaan untuk komen.
Kenyataan kakitangan senator Ben Cardin mengenai video tersebut |
Laporan yang viral telah mendakwa kakitangan Senator Demokratik Maryland, Ben Cardin adalah salah seorang daripada individu yang terlibat dalam video itu.
Jurucakap Cardin berkata mereka tidak dapat memberi komen lanjut buat masa sekarang.
video: