Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Wahab buat kejutan, lapor Agus buat gangguan seksual


PETALING JAYA- Polis mula menjalankan siasatan susulan dakwaan gangguan seksual melibatkan bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan tersebut dilakukan di sebuah Ibu Pejabat Polis (IPD) di Selangor, semalam.


Jelas beliau, laporan tersebut berkaitan gangguan seksual dipercayai berlaku pada 21 Oktober lalu di sebuah hotel di Bintulu, Sarawak.

“Abdul Wahab mendakwa, dia tampil membuat laporan bagi melindungi diri selain menafikan terlibat di dalam komplot menjatuhkan dan mereka-reka cerita terhadap suspek (Mohammad Agus).

“Siasatan masih diteruskan dan kita akan panggil beberapa individu lagi bagi diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan penolong pegawai J-KOM, Abdul Wahab Abdul Kadir hadir ke IPD Kajang bagi membuat laporan polis selain mendakwa tindakannya itu bagi membersihkan namanya dalam isu rakaman video perbualan lucah.

Mengulas lanjut, Razarudin memaklumkan pihaknya membuka siasatan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan Seksyen 377D atas kesalahan melanggar kesopanan.

Terdahulu itu, tular rakaman video berdurasi tiga minit yang tular sejak 17 November lalu menjadi topik hangat di media sosial, berikutan terdapat individu mirip Mohammad Agus bersama seorang lelaki.

Susulan itu, Mohammad Agus meletak jawatan sebagai Ketua Pengarah J-KOM dan mendakwa video perbualan yang mengaitkan dirinya adalah palsu dan disunting pihak tidak bertanggungjawab.

Pada sidang media khas berhubung isu itu, pegawai J-KOM yang dikaitkan dengan video tular itu, Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa dirinya dijadikan kambing hitam untuk menjatuhkan Mohammad Agus oleh individu bernama Mr H.

Sebelum ini, Razarudin dilaporkan berkata, kertas siasatan berkaitan dakwaan video fitnah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara selari dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Jelasnya, pihak polis setakat ini telah merakam percakapan seramai lapan individu bagi membantu siasatan kes tersebut. KOSMO! ONLINE.