Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anak dedah Bella sering dimarah dan dipukul teman lelaki


SEDIH berbaur marah, warga maya yang mengikuti kes pembunuhan ibu tunggal, Mira Sharmila, 32, atau Bella meluahkan simpati kepada keluarganya.

Klip video yang memaparkan kakaknya, Norhisham Shamsusah, 36, tidak dapat mengawal emosi sebaik suspek utama dibawa keluar dari mahkamah Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini cukup mengharukan.


“ANAK PEMBUNUH YANG KAU BACK UP LAGI, AKU SEPERTI ORANG GILA MENCARI,” TUTUR NORHISHAM DALAM SEBAK MENGENANG PENCARIAN ADIK BONGSUNYA SELAMA 38 HARI.

Suspek, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang memakai baju Melayu hijau diiringi dengan kawalan ketat anggota polis sebelum dibawa menaiki kenderaan polis.

Situasi itu menyebabkan pasukan polis yang mengiringi tertuduh meleraikan keadaan dengan menghalang sebahagian waris yang cuba mendekati kenderaan polis dinaiki tertuduh.

KETUA POLIS NEGARA, TAN SRI RAZARUDIN HUSAIN BERKATA, HASIL SIASATAN MENDAPATI PUNCA KEMATIAN BELLA DISEBABKAN KERETAKAN DI KEPALA AKIBAT OBJEK TUMPUL.

MANAKALA MOTIF PEMBUNUHAN PULA BERMOTIFKAN KES CEMBURU DAN SAKIT HATI.

Bella pernah meluahkan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta dengan teman lelakinya.

Kakaknya, Norisham, memberitahu, Bella turut memaklumkan mahu berpindah ke Johor Bahru untuk menetap bersama-samanya selepas cuti persekolahan akan datang.

Walau bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila rangka Bella ditemukan di sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat pada 19 Januari lalu, dipercayai dibunuh.

Sementara itu, Norhisham mendedahkan anak sulung Bella mendedahkan ibunya sering dimarah dan dipukul teman lelaki.

Anak sulung Bella bernama Eusuf, 5, mengadu ibunya sering dipukul suspek yang dipanggil ‘uncle’ semasa mereka keluar bersama-sama.

Lebih menyayat hati, wanita itu mendedahkan Eusuf bertanya sama ada perkara sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa.

“(EUSUF TANYA SAYA) UMI DAH CAKAP DENGAN POLIS KE BELUM ‘UNCLE’ PUKUL ‘MUMMY’? DULU ‘UNCLE’ SELALU PUKUL-PUKUL ‘MUMMY’.

“(Teman lelaki Bella) kenal mereka (anak-anak Bella) kerana selalu keluar bersama dan (Eusuf) marah serta minta tolong (suspek) jangan pukul ‘mummy’… (Itu yang) dia (Eusuf) cerita dekat kami,” kata Norhisham.

Lebih sayu lagi, menurutnya kedua-dua anak Bella kini seolah masih buntu dengan ketiadaan ibu mereka.

Bella hilang berkenaan keluar dari rumah menaiki kereta bersama teman lelakinya pada jam 11.50 malam untuk mencuci pakaian di kedai dobi berdekatan berdekatan rumahnya di Taman Soga, Simpang Rantai, Batu Pahat, Johor.

Kehilangan Bella hanya disedari pada keesokan hari selepas mesej dan panggilan telefon dihantar kakaknya tidak dijawab.

Selepas 38 hari gagal dikesan penemuan rangka di sebuah rumah sewa terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat merungkai segalanya.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan mengesahkan rangka yang ditemui miliknya.