Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isteri berniaga burger, suami ratah dua anak di rumah


MELAKA – Seorang pengawal keselamatan diberkas selepas memperkosa dua anak tirinya yang berusia 15 dan 13 tahun sejak lima tahun lalu.

Suspek yang berusia 27 tahun diberkas di tempat kerjanya di sebuah hospital kerajaan kira-kira pukul 11 malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Melaka, Senior Asisten Komisioner Md. Nazri Zawawi berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan yang dibuat ibu mangsa di Balai Polis Batang Tiga pada pukul 9.27 malam hari sama.


“Hasil soal siasat, ibu mangsa merupakan peniaga dan berkahwin dengan suspek sejak tujuh tahun lalu.

“Pada pukul 7.30 malam, dua beradik tersebut mengadu (kepada ibu) mereka telah diraba dan dirogol oleh suspek ketika pengadu keluar rumah untuk berniaga pada pukul 5.30 petang hingga 10.30 malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengadu kemudian bertanya kepada suspek mengenai dakwaan tersebut, tetapi dinafikan lelaki tersebut.

“Mangsa berusia 15 tahun mendakwa dirogol suspek sebanyak empat kali pada hari berlainan dan sering dicabul sejak darjah empat.

“Adiknya pula memaklumkan dia diraba sejak sekolah rendah, namun pada 2 Januari lalu suspek menyuruhnya masuk ke dalam bilik sebelum mencabul dan merogolnya pada pukul 9 malam,” katanya.

Kedua-dua mangsa bagaimanapun tidak memberitahu kejadian keji itu kepada sesiapa kerana khuatir ibu mereka tidak mempercayainya.

Mangsa hanya menceritakan hal tersebut kepada nenek mereka setelah wanita berkenaan bertanyakan hubungan dengan suspek.

“Suspek direman sehingga 16 Januari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO