Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Guru dan doktor gigi ditemui mati dalam sebuah kondo dekat Seremban


SEREMBAN – Pasangan suami isteri ditemukan mati di sebuah kondominium di Jalan Keliling, di sini, tengah hari tadi.

Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima maklumat berhubung kematian lelaki warga asing serta wanita berusia 34 dan 31 tahun kira-kira pukul 12.49 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, siasatan awal mendapati mangsa lelaki merupakan tenaga pengajar di sebuah sekolah antarabangsa manakala isterinya doktor di klinik pergigian.


Pasangan suami isteri tersebut bekerja di Port Dickson.

“Siasatan di lokasi dan pemeriksaan pada tubuh si mati mendapati tiada sebarang unsur jenayah. Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR).

“Mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk dibedah siasat,” katanya kepada pemberita hari ini. 




– KOSMO