Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Isu rumah pelacuran, Rosyam Nor tampil mohon maaf


PETALING JAYA: Pelakon, Datuk Rosyam Nor tampil meluncurkan permohonan maaf berhubung kenyataannya peribadinya yang mencetuskan kemarahan segelintir warganet baru-baru ini.

Rosyam berkata, dia tidak menyangka kenyataan berhubung kewajaran pusat pelacuran dibuka khususnya untuk warga asing akan tular sehingga menjadi perbualan sensasi.


“Kecoh satu dua hari ini pasal isu rumah pelacuran kononnya saya ada buat kenyataan berkaitan perkara tersebut.

“Apa-apa hal, terlebih dahulu saya minta maaf sebab tak sangka benda ini akan jadi viral,” katanya menerusi hantaran di Instagram (IG), hari ini.

Sementara itu, dalam hantaran sama, pelakon Wakaf Dosa itu juga menyeru orang ramai untuk menonton video penuh yang dimuatnaik ke akaun TikTok Suhan Channel dan membuat penilaian sewajarnya.

“Tapi video itu sebenarnya untuk program podcast saya dekat Suhan Channel. Itu adalah perbincangan, jadi saya rasa baik semua orang kalau ada masa pergi ke Suhan Channel.

“Sebelum menilai dan menghukum, tonton dahulu keseluruhan video apa yang dibincangkan.

“Terima kasih kerana peka dengan keadaan, sekali lagi saya minta maaf atas kecelaruan yang berlaku,” katanya.

Terdahulu, Rosyam menerusi podcast atau audio siar, Hitam Putih Kehidupan yang dimuat naik ke TikTok Suhan Channel menyifatkan pusat pelacuran perlu ada untuk ‘kemudahan’ warga asing lelaki yang kebanyakannya meninggalkan isteri di negara mereka.

Tambah pelakon itu, perkara itu akan membantu mengurang atau membendung jenayah seperti rogol dan sebagainya melibatkan warga asing khususnya.

Bagaimanapun, Rosyam menegaskan itu hanya pandangan peribadi dan meminta penonton untuk menilai sendiri.—UTUSAN