Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kapal pengawal China berterusan 35 hari ceroboh Beting Patinggi Ali



KUALA LUMPUR – Pencerobohan kapal pengawal milik China di Beting Patinggi Ali di Sarawak masih diteruskan meski sudah memasuki tahun baharu 2024.

China Coast Guard 5403 dilaporkan sudah 35 hari berturut-turut menjelajah Malaysia di lapangan minyak dan gas luar pesisir Malaysia yang tetletak di Beting Patinggi Ali (Luciana Shoals).

Raymond Powell menerusi ciapannya di @GordionKnotRay pada Selasa memaklumkan menurut penganalisis SeaLight.live “kapal pengawal Pantai China secara kerap dan terang-terangan menjalankan rondaan dan memantau secara jauh dalam Zon Ekonomi Eksklusif di negara-negara jiran.


“Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan kehadiran berterusan dan secara beransur-ansur menormalisasikan bidang kuasa China ke atas kawasan yang diberikan kepada jiran-jirannya di bawah undang-undang antarabangsa” katanya.

-Suaratv