Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki maut terjun tingkat 17 kondo selepas tikam bini


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Indonesia ditemukan maut, dipercayai terjun dari tingkat 17 di sebuah kondominium di Setapak, pada Sabtu, selepas menikam isterinya.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, insiden berlaku selepas pasangan suami isteri itu dilapor bergaduh kira-kira jam 11.15 pagi dipercayai akibat selisih faham.


Ketika pergaduhan berlaku, beliau berkata suspek lelaki berusia 44 tahun itu bertindak menikam isterinya, 37, di bahagian dada.

"Setelah itu suspek lari ke arah balkoni dan dipercayai terjun dari tingkat 17.

"Suspek ditemui mati berhampiran kolam renang tingkat bawah," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Setakat ini, kita belum lagi merakam "keterangan mangsa, difahamkan punca kejadian adalah suspek mengesyaki isterinya ada hubungan dengan lelaki lain," katanya ringkas ketika dihubungi pada Ahad

Ashari menambah, mangsa yang cedera akibat ditikam senjata tajam dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan dan kini berada dalam keadaan stabil.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.