Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mahathir risau bila SPRM siasat transaksi Mirzan sejak berumur 20 tahun


Putrajaya: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memanggil anaknya, Mirzan untuk dirakam keterangan.

Dr Mahathir mendakwa, tujuan utama SPRM memanggil anaknya adalah bagi mengumpulkan bukti terhadap dirinya untuk didakwa oleh suruhanjaya itu.


"Apa yang dia (SPRM) buat? Dia suruh anak saya bagi bukti supaya ayah boleh didakwa. Anak saya kena caj saya, kena beri bukti.

"Bukan main, daripada tahun 1981 sampai sekarang. Sudah tentu dia simpan dalam pejabatnya. Simpan dalam bilik yang penuh dengan cek, dokumen.

"Nak bagi (maklumat, dokumen, transaksi sepanjang) 42 tahun dan diberikan dalam masa 30 hari. Kalau lebih 30 hari boleh kena hukum, masuk penjara lima tahun," sindirnya pada sidang medianya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

SPRM sebelum ini mengesahkan memanggil ahli perniagaan iaitu Mirzan Mahathir bagi membantu siasatan yang dijalankan.

Mirzan dilaporkan hadir ke Ibu Pejabat SPRM sebelum satu perintah notis disampaikan kepada beliau menerusi Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

SPRM dilapor berkata, notis itu mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya sama ada di dalam atau luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis itu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir turut melahirkan rasa kerisauannya berhubung masa yang perlu diberikan oleh anaknya dalam masa 30 hari kepada SPRM.

"Notis itu suruh dia beritahu semua transaksi yang dia buat sejak umur 20 tahun semasa dia masih menuntut.

"Yang itu dia kena jawablah boleh ke tak boleh dalam jangka masa 30 hari. 42 tahun transaksi, dalam masa 30 hari kena beritahu. Dia kena tanya bank, Petronas, LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) dan korek dalam pejabat dia," katanya.

Dr Mahathir dalam masa sama turut mempersoalkan sikap berdiam diri SPRM terhadap adik Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berhubung dakwaan memiliki saham dengan jumlah yang melampau.

"Bila (adik) Azam Baki yang buat salah, beli saham banyak, sepatutnya bila buat kenyataan macam itu, kita kena siasat adik dia. Berapa banyak saham dia beli, kena bagi sepanjang masa, sejak Azam Baki kepalai SPRM.

"Adik dia (Azam) kena cerita semua, macam mana saya dengar anak saya (Mirzan) kena cerita semua perbuatan dia, perniagaan dia, duit dia, harta dia, semua dia mesti jelaskan dari tahun 1981, sehingga sekarang," katanya.