Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mansuh dulu pencen wakil rakyat -Pemuda UMNO



KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan bayaran pencen kepada wakli rakyat dimansuhkan lebih dahulu sebelum ia dilaksanakan ke atas kakitangan awam baharu.

Ketuanya Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, adalah tidak adil jika pelaksanaan itu hanya dikuatkuasakan terhadap pengambilan baharu kakitangan kerajaan.


Justeru atas prinsip kepimpinan melalui tauladan, semua wakil rakyat daripada kerajaan dan pembangkang perlu bersetuju dengan cadangan tersebut.

“Kita memahami tekanan kewangan yang sedang ditanggung oleh kerajaan ketika ini

“Tetapi biarlah pemansuhan skim pencen ini dimulakan oleh wakil-wakil rakyat terlebih dahulu Tidak adil jika kita mansuhkan pencen mereka tetapi kita pula menikmati pencen sehingga mati

“Tiada dua darjat antara wakil rakyat dan rakyat! Kerana kami percaya atas prinsip kepimpinan melalui tauladan,” katanya dalam kenyataan ringkas.

Kabinet dilaporkan telah bersetuju supaya perjawatan bagi penjawat awam baru kerajaan berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, satu pengumuman mengenai tempoh dan tarikh pelaksanaannya akan dibuat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA).

Beliau berkata, pendirian itu dibuat kerajaan selepas menilai bahawa menjelang 2040, jumlah pencen yang terpaksa ditanggung kerajaan jika sistem saraan sedia ada tidak dipinda, jumlahnya akan mencecah RM120 bilion setahun.

Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baru kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.

Ketika ini, semua penjawat diberi dua skim pencen pilihan sama ada untuk menerima bayaran pencen tetap sebulan selepas berpencen atau mencarum di KWSP.

Minggu lalu, Laporan Interim 1 Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah pun diserah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.- MalaysiaGazette