Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pengampunan Najib, tunggu pengumuman rasmi -Fahmi


Pengamal media diminta menantikan kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan berhubung permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan tidak menghasilkan berita berdasarkan sumber semata-mata, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Merujuk laporan sebuah portal yang memetik sumber mengatakan bahawa Najib telah mendapat pengampunan daripada Lembaga Pengampunan, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, adalah penting bagi pengamal media memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum berita itu diterbitkan.


Beliau berkata, dalam isu-isu besar, adalah penting untuk memastikan kesahihan maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi apabila memilih untuk melaporkan berita berdasarkan sumber.

“Saya juga semak dengan StratComm Kabinet dan YB Azalina (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said).

“… kita kena tunggu (kenyataan) Lembaga Pengampunan,” katanya ketika berucap pada Perhimpuan Bulanan Kementerian Komunikasi Bil 1/2024 di sini hari ini.

Sementara itu, semakan mendapati portal berkenaan menarik balik berita mengenai pengampunan Najib atas alasan fakta yang tidak dapat disahkan dan turut memohon maaf kepada pembaca. – Bernama