Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis siasat kes penemuan mayat berulat dalam kereta dekat Ipoh


IPOH – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan busuk dan berulat dalam sebuah kereta di premis menjual kenderaan terpakai di Jalan Pasir Puteh, di sini hari ini.

Lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu dijumpa dalam keadaan terbaring di tempat duduk belakang sebuah kereta jenis Proton Saga berwarna hitam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat penemuan mayat itu diterima pada pukul 11.51 pagi.


Katanya, ketika ditemui, pintu kenderaan itu dalam keadaan berkunci dari dalam.

“Mayat mangsa yang telah membusuk dan berulat itu ditemui masih lengkap berpakaian. Pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

“Pemeriksaan pada badan lelaki itu tidak dapat dilakukan kerana keadaan si mati telah hitam dan berulat,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mengambil cap jari bagi tujuan mengenal pasti identitinya.

“Bedah siasat akan dijalankan pada Isnin ini. Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. – KOSMO