Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Polis temui rangka manusia dipercayai Bella (video)


BATU PAHAT - Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah di sini dijangka dapat merungkai kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, rangka itu ditemui jam 2 petang, pada Jumaat selepas dipandu salah seorang suspek.


Menurutnya, sebelum ini tiga suspek berkaitan kes kehilangan Bella telah ditahan sebelum salah seorang daripadanya menunjukkan lokasi penemuan rangka manusia ini.

"Siasatan ke lokasi mendapati terdapat pakaian ditemui pada rangka terbabit. Bagaimanapun, pengesahan identiti mangsa hanya dapat dilakukan kira-kira dua minggu lagi.

"Keluarga Bella sudah dimaklumkan mengenai perkara ini, namun kita belum dapat mengesahkan sama ada ia rangka itu milik wanita terbabit,” katanya pada sidang media di lokasi pada malam Jumaat.

Dengan penemuan rangka manusia itu, misteri kehilangan ibu tunggal, Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella sejak 14 Disember lalu dijangka bakal terungkai.

Keluarga berharap itu bukan rangka Bella

Kakak kepada Bella, Norhisham, 36, berkata, sebaik sahaja diberitahu tentang penemuan mayat terbabit pada petang Jumaat, gerak hatinya kuat menyatakan itu bukan Bella.

"Saya dan ibu Noraini Salleh, 54, bergegas ke lokasi penemuan. Tetapi polis memaklumkan untuk kami menunggu keputusan ujian DNA

"Kami berharap rangka yang ditemui itu bukan adik saya yang dilaporkan hilang," katanya ketika ditemui di lokasi penemuan rangka manusia di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah pada malam Jumaat.

Norhisham bagaimanapun tetap reda jika rangka itu adalah Bella dan berharap hukuman setimpal dikenakan kepada pesalah.

"Dua minggu lepas, polis sudah mengambil DNA, tisu mulut saya dan ibu. Kami diberitahu untuk simpanan pihak polis.

"Kami juga minta agar ujian DNA ke atas rangka yang ditemui ini dapat disegerakan untuk mengetahui adakah ia Bella atau sebaliknya," katanya

Pada 14 Disember tahun lalu, ibu tunggal dua anak itu gagal dihubungi selepas hilang keluar rumah menaiki kereta teman lelakinya pada jam 11.50 malam, dengan hanya memakai baju kelawar berwarna biru gelap, untuk mencuci pakaian di kedai dobi.

Bagaimanapun, selepas tarikh itu dan sehingga kini, kelibat wanita terbabit terus hilang dengan telefon bimbitnya juga gagal dihubungi, selain mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp hanya menunjukkan satu tanda saja.

video:

video: