Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sanusi tiba di mahkamah Shah Alam



SHAH ALAM: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada jam 9 pagi tadi.

Beliau hadir di Mahkamah Tinggi tersebut bagi pengurusan permohonan memindahkan dua kes pertuduhan menghasut yang dihadapi beliau dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Shah Alam.


Ketibaan beliau diwakili peguamnya, Hasshahari Johari Mawi ketika bergerak masuk ke dalam Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi.

Terdahulu, pada 18 Julai 2023, Sanusi, 49, didakwa atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung tindakan yang didakwa menghina Sultan Selangor melantik Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Menteri Besar.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional turut didakwa atas tuduhan mengeluarkan kenyataan menghasut berhubung titah Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan penubuhan Kerajaan Perpaduan.