Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sembilan wanita ditahan terlibat aktiviti persundalan dan lendir di Terengganu



Polis Terengganu menahan sembilan wanita melibatkan dua warga tempatan dan tujuh warga asing dalam aktiviti persundalan pada tahun lepas.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata tangkapan itu dilakukan menerusi tiga operasi yang dijalankan.

"Pada bulan Mei 2023, polis telah merekodkan dua kes yang membabitkan dua wanita tempatan yang masing-masing melakukan kegiatan itu secara persendirian atau freelance di Kuala Terengganu.


"Tujuh lagi yang ditahan melibatkan sindiket warga asing membabitkan dua warga Indonesia, seorang warga Laos dan empat warga Thailand di tiga hotel bajet di sini pada 28 Dis lepas," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu hari ini.

Menurutnya, kesemua warga asing yang ditahan mempunyai permit perjalanan yang sah bagaimanapun, tiga daripada mereka didapati tinggal lebih masa daripada had yang dibenarkan.

Mazli berkata hasil risikan pihaknya juga mendapati kegiatan tidak bermoral itu turut dikesan di daerah Kemaman dan Dungun selain dipercayai mula memasuki kawasan peranginan di Terengganu.

Oleh itu, beliau berkata pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bertujuan mengekang kegiatan tersebut daripada menular di negeri ini yang terkenal dengan sektor pelancongannya. -Bernama