Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

SPRM serbu rumah dan empat syarikat milik Tan Sri


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyerbu kediaman ahli perniagaan bergelar Tan Sri kelmarin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah mendapatkan perolehan membekal dan mengurus fleet kenderaan kerajaan Malaysia bernilai RM4.5 bilion.

Kehadiran pegawai SPRM di kediaman ahli perniagaan yang terletak di ibu negara itu dipercayai dilakukan pada jam 10 pagi.


Menurut sumber, turut diserbu iaitu empat syarikat termasuk salah satu daripadanya adalah syarikat pembekal kenderaan kerajaan yang dihadiri pegawai SPRM bagi mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan.

"Tiga lagi syarikat yang diserbu adalah entiti yang melaksanakan pelaburan membabitkan kewangan milik Tan Sri itu.

"Kehadiran pegawai SPRM di semua lokasi termasuk kediaman milik Tan Sri berkenaan adalah bagi memperoleh dokumen berkaitan kewangan yang boleh membantu siasatan," katanya.

Sumber berkata, dokumen itu diambil SPRM bagi penelitian lanjut bagi melihat sama ada terdapat perlakuan rasuah dalam perolehan kontrak kerajaan.

"Tan Sri berkenaan adalah pemegang saham individu tertinggi di dalam syarikat pembekal kenderaan kerajaan itu.

"Susulan siasatan dilakukan SPRM, lebih 100 akaun persendirian dan syarikat yang di bawah kawalannya diperoleh SPRM bagi semakan lanjut namun tiada pembekuan akaun dibuat," katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan mengenai serbuan itu namun beliau enggan mengulas lanjut.