Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ulasan: Banyak kesalahan fakta dan fitnah dalam dokumentari 'Man on The Run'


Baru dapat tonton Man On The Run. Dokumentari ini mengisahkan tentang Jho Low yang menjadi dalang utama skandal 1MDB dan kini menjadi buruan semua pihak.

Walaupun ia tentang Jho Low, ada beberapa perkara ditimbulkan mempunyai kesalahan fakta dan fitnah terhadap DS Najib.


Dalam dokumentari ini, mereka menyebut DS Najib adalah pengerusi 1MDB. Faktanya, DS Najib bukan pengerusi 1MDB tetapi Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang tidak mempunyai kuasa eksekutif di dalam 1MDB.

Clare Rewcastle juga telah memfitnah DS Najib dan menggambarkan DS Najib adalah dalang kemat!an Kevin Morais. Kata Clare,

"Najib nak tunjuk pada semua, sesiapa lawan dia akan terima nasib sama macam Kevin Morais."

Ini jelas fitnah kerana DS Najib tidak pernah dikaitkan dengan kes ini, malah semua 6 tertuduh telah pun dijatuhkan hukuman. Bacalah fakta kes ini, ia tak ada kena mengena dengan Najib atau 1MDB langsung.

Satu lagi yang menarik, dalam dokumentari ini Tommy Thomas telah menyebut,

"What is never clear is the relationship between Najib and Jho Low..."

Bukan ke ini menunjukkan Tommy sebagai Peguam Negara dan pendakwaraya cuai dan membuat pendakwaan melulu terhadap DS Najib? Kenapa hanya dakwa DS Najib seorang?

Dalam sidang media baru baru ini, TS Shafee telah memaklumkan akan mengambil tindakan kepada Clare dan Tommy atas alasan serious defamation dan contempt of court kerana menggangu perbicaraan 1MDB yang sedang berjalan.

Banyak lagi fakta yang tak tepat dalam dokumentari ini. Tapi apa yang pasti, DS Najib adalah "The Man Who Never Run". 

Beliau berani berhadapan dengan proses undang undang untuk membersihkan namanya walaupun menghadapi pelbagai tekanan dan ketidakadilan dalam perbicaraannya.

Disunting oleh: Rf Lias