Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Cara jaga anak selepas berkhatan @ masuk jawi


Berkhatan atau bersunat sangat sinonim dengan cuti sekolah. Mana tidaknya, cuti panjang ini selalu dimanfaatkan oleh ibu bapa untuk menghantar anak mereka ‘masuk jawi’.

Pada ibu bapa yang pertama kali melalui pengalaman ini, jangan takut! Bantu anak anda untuk melalui proses ini dengan penjagaan selepas berkhatan yang betul.

Berikut adalah 10 tips dari Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan (Doktor Komuniti FB) mengenai penjagaan luka selepas berkhatan.


1 Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam

Balutan perlu dibuka untuk untuk pantau:

  • Jangkitan nanah
  • Bengkak/ Bentan
  • Jahitan terbuka
  • Keruping melekat pada balutan

2 Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline
Caranya:

Bersihkan daki/ darah beku sekitar luka
Periksa jika ada jangkitan/tanda jangkitan
Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda jangkitan


3 Pastikan anak mendapat ubat yang betul (seperti yang dibekalkan oleh doktor)

  • Tahan sakit: ambil jika perlu
  • Antibiotik: diambil mengikut jadual yang ditetapkan doktor
  • Ubat cucian: lazimnya normal saline
  • Elak sapu minyak/ herba pada luka


4 Ngilu itu normal

Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.


5 Pastikan anak dipakaikan kain atau seluar yang sesuai

Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.


6 Benarkan anak berjalan

Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mmempercepatkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.


7 Beri anak minum air secukupnya

Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor penting untuk penyembuhan luka.


8 Jaga pengambilan makanan

Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.


9 Pantau kesihatan anak

Luka berkhatan biasanya akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Namun, jika anak anda mengalami simptom-simptom di bawah, sila dapatkan nasihat doktor.

  • Sakit/bengkak melampau
  • Luka bernanah
  • Demam dengan suhu tinggi
  • Tidak boleh kencing

10 Dapatkan rawatan susulan (jika perlu)
Ini tergantung dengan cara anak anda dikhatankan.

  • Jahitan konvensional: tidak perlu dibuka jahitan
  • Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
  • Gam: tidak perlu jumpa doktor semula
 
sumber: Hello Doktor