Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Emma Maembong enggan layan dakwaan terlibat aktiviti seks tukar pasangan



Menafikan dirinya dan suami terbabit bertukar-tukar pasangan (swinger), pelakon Emma Maembong sebaliknya menegaskan dia seboleh-bolehnya cuba menjadi seorang ibu yang terbaik.

Ibu kepada dua anak itu malah berkata, sejak dikurniakan cahaya mata, Muhammad Shazli, 4; dan Shakil Aryan Shah, 1; zuriatnya itu menjadi penguat semangat untuk dia cekal berdepan sebarang fitnah dan gosip liar.

Justeru, Emma, 31, menjelaskan dia tidak perlu melatah setiap kali muncul tuduhan tidak berasas yang disebarkan pihak tertentu serta mereka yang mungkin cuba menjatuhkannya.

Hal itu, katanya, kerana dia sudah lali apabila sering difitnah malah beranggapan tuduhan sedemikian ibarat ‘kawan rapat’ yang tidak boleh dipisahkan.

“Sampai sekarang ada saja orang nak cakap itu ini pada saya. Kalau saya rasa tak ada kena mengena (dakwaan tidak benar), saya enggan layan.

“Jika sememangnya tuduhan itu betul, saya sendiri yang akan mengaku. Tapi kalau sudah melampau, negara kita ada undang-undang," katanya.

Bincang jika ada masalah

Pada masa sama pelakon Kimchi Untuk Awak itu juga mengakui proses undang-undang tidaklah semudah mana, selain ia memerlukan modal tertentu.

"Adakah duit nak bayar kalau saya saman mereka? Itu sebabnya saya enggan panjangkan cerita, setakat fitnah macam ini, banyak lagi lebih berat terutama sebelum kahwin,” katanya.

Emma berkata demikian pada majlis doa selamat dan sidang media filem terbaru lakonannya, Jangan Pandang Belakang 2, di Petaling Jaya semalam.

Baru-baru ini, muncul dakwaan seorang artis wanita berkulit putih gebu dan memiliki dua cahaya mata terbabit aktiviti bertukar-tukar pasangan untuk melakukan hubungan seks.

Dakwaan tersebut menyatakan, artis yang sarat hamil lapan bulan itu menawarkan rakannya untuk melakukan seks dengan suaminya.

Sementara itu ditanya reaksi suaminya, Muhammad Shazli Azhar, Emma berkata dia pernah diingatkan supaya bersedia dengan pelbagai risiko apabila menikahi seorang pelakon.

Menurutnya dia dan suami sering mengambil pendekatan untuk berbincang bagi memelihara rumah tangga yang dibina sejak 20 Feb 2020 itu.

“Setakat ini alhamdulillah saya bersyukur rumah tangga terjaga. Saya juga sering ingatkan pada suami agar jangan melayan komen-komen dan tuduhan tidak berasas.

“Sekiranya perlu, kami boleh berbincang untuk menyelesaikan sesuatu isu.

"Itulah sebab suami saya pun tidak melatah disebabkan perkara-perkara remeh,” katanya.