Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jho Low mahu dilihat seperti proksi Najib -Jasmine Loo


KES 1MDB | Tindakan-tindakan Low Taek Jho, atau Jho Low, dalam 1MDB membuatkan dia dilihat seperti proksi bekas perdana menteri Najib Razak, menurut bekas penasihat undang-undang syarikat itu, Jasmine Loo Ai Swan.

Loo berkata demikian ketika memberi keterangan dalam kes rasuah 1MDB berjumlah RM2.27 bilion terhadap Najib di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.


Loo yang dahulunya individu yang dekat dengan Jho Low memberi keterangan berhubung penglibatan ahli perniagaan itu dalam keputusan kewangan 1MDB.

"Low sentiasa gunakan pengaruhnya sebagai individu yang dekat dengan perdana menteri ketika itu, Najib.

"Kebanyakan tindakannya untuk membuatkan kami melihatnya sebagai proksi perdana menteri, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

"Kebanyakan perkara utama yang memerlukan lampu hijau daripada perdana menteri perlu dibincangkan dulu dengan Low, sebelum ia dibawa kepada Najib," kata Loo.


[Berita lanjut menyusul]