Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kerajaan lancar Beras Putih Madani 10kg RM30 mulai 19 Februari


PUCHONG: Kerajaan memperkenalkan beras putih Malaysia Madani yang akan dijual dengan harga RM30 bagi kampit 10kg bermula 19 Feb ini.

Pengumuman itu dibuat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, yang kini mengetuai jawatankuasa berkaitan isu menangani harga makanan dan kos sara hidup bawah Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (Naccol).


Beliau berkata, dengan nama baru itu kategori beras putih tempatan (SST) dan beras putih import (SSI) dimansuhkan.

“Pengguna boleh mendapatkan bekalan beras putih berharga RM30/kampit di pasaran mulai 1 Mac.

Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal

“Tempoh 19 Feb hingga 1 Mac berikutan mengambil masa untuk dijual di pasaran,” katanya pada sidang media.

Syed Hussin juga berkata, cadangan itu dikemukakan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan dipersetujui untuk dilaksanakan.

“Perdana menteri beri mandat kepada saya untuk umumkan harga baru ini,” katanya.