Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kereta polis dibakar lelaki dekat Damansara dengan contengan hina kerajaan (video)


Polis mengesahkan menahan seorang lelaki yang juga pekerja p-hailing selepas didapati membakar kereta polis bantuan di hentian bas di Stesen MRT Mutiara Damansara, Petaling Jaya, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata siasatan awal mendapati suspek juga melakukan vandalisme dengan menconteng carutan antikerajaan di dinding hentian bas berhampiran kenderaan yang dibakar itu.

Katanya lagi, polis sedang menyiasat jika suspek berusia 26 tahun itu dikaitkan dengan mana-mana parti politik atau kumpulan pelampau.


“Polis menahan lelaki berusia 26 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan di rumahnya di Flora Damansara, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

"Suspek disyaki menggunakan bom petrol yang dibaling ke arah kenderaan itu sebelum terbakar," katanya yang dipetik akhbar Harian Metro, hari ini.


Menurut Mohd Fakhrudin, motif kejadian masih dalam siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Seksyen 435 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Malaysiakini mengaburkan perkataan carutan dalam gambar yang disiarkan di bahagian paling atas berita ini. - editor

video: