Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Kita dipermainkan akhirnya -Ketua Pemuda UMNO


KETUA Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh menarik perhatian ramai susulan hantaran terbaharu di Facebooknya hari ini.

Menerusi hantaran itu, Dr Muhamad Akmal menyatakan ada pihak telah mempermainkan mereka, namun tidak diketahui puncanya.


Namun beliau menegaskan tahu apa yang telah berlaku dan menyatakan masanya kini telah tiba.

“Kita dipermainkan akhirnya. Jangan ingat kami tidak tahu apa yang berlaku.

“Sudah tiba masanya,” tulisnya.

Beliau bagaimanapun tidak memperincikan apa yang dimaksudkan serta kepada siapa hantaran tersebut ditujukan.

Namun timbul persoalan, hantaran tersebut dimuatnaik tidak lama selepas keputusan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diumumkan.

Terdahulu hukuman ke atas Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

Perkara itu diputuskan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 pada 29 Januari lalu.

Urusetia lembaga itu menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, oleh demikian Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210 juta dikurang kepada RM50 juta.

“Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun di mana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029,” katanya.

Ini bermakna Najib yang menjalani hukuman penjara sejak 23 Ogos 2022, akan terus berada di sebalik tirai besi untuk tempoh kira-kira empat tahun tujuh bulan lagi. – Malaysiapost