Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Konflik di Laut China Selatan, Filipina rancang beli kapal selam perang


MANILA – Filipina bakal membeli kapal selam buat pertama kalinya susulan konflik memanas di Laut China Selatan dengan Republik China.

Presiden Filipina, Ferdinand Marcor Jr bersetuju dengan usaha pemodenan ketenteraan tahap ketiga termasuk pembelian kapal selam ini berkait sengketa di perairan Laut China Selatan.


Jurucakap Angkatan Laut Filipina, Roy Trinidad mengatakan, modernisasi tahap ketiga ini mencerminkan pergeseran strategi dari pertahanan dalam negeri menuju pertahanan luar.

“Kita mungkin bukan angkatan laut yang besar, tapi kita akan memiliki angkatan laut yang akan menjaga hak-hak wilayah serta kedaulatan sendiri,” kata Trinidad, memetik Reuters pada Khamis.

Modernisasi ketenteraan tahap ketiga dijangka menelan anggaran 2 trilion peso dan akan direalisasi dalam tempoh beberapa tahun.

Pemodenan ketenteraan tahap pertama dan kedua berfokus pada angkatan darat, sementara tahap ketiga di antaranya meningkatkan kemampuan ketenteraan di Laut Filipina Barat.