Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ratu Naga disiasat SPRM isu 'ganjaran'


PETALING JAYA: Aktivis media sosial pro Perikatan Nasional Syarul Ema Rena Abu Samah disiasat kerana ‘ganjaran’ didakwa diterimanya untuk membantu NGO mendapat geran, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Azam Baki.

Azam bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat siasatan, lapor The Star.

“Kami menerima laporan dan sedang menyiasatnya,” katanya sambil memaklumkan wanita lebih dikenali dengan panggilan Ratu Naga tidak ditahan reman setakat ini.


“Dia hanya disoal siasat, kami tiada rancangan menahan reman setakat ini.”

Semalam, peguam Nabila Khairuddin mendakwa anak guamnya itu ditahan selepas pegawai SPRM membuat serbuan di kediamannya di Jalan Klang Lama, sekitar 9 pagi.

Pada 5 Jan, ahli Bersatu Badrul Hisham Shaharin, dikenali sebagai Chegubard telah mengaitkan Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Shamsul Iskandar Mohd Akin dengan penyelewengan dana di sebuah NGO.

Shamsul pada keesokannya membuat laporan polis dan menyifatkan dakwaan itu fitnah dan tidak berasas kerana tidak disokong sebarang bukti.

Beliau juga menuntut Badrul menarik balik tuduhannya.

Oktober lalu, polis menyiasat Syarul Ema susulan hantaran di media sosial yang dianggap memfitnah isteri perdana menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bekas pemimpin wanita PKR itu sebelum ini disiasat kerana pembabitannya dalam himpunan Selamatkan Malaysia pada 16 Sept.