Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Semua prosiding kes Muhyiddin digantung (video)


KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mendapatkan perintah penggantungan sementara prosiding, bagi tiga lagi kes pengubahan wang haram (AMLA) berjumlah RM200 juta, dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ia sementara menunggu rayuan pihak pendakwaan di Mahkamah Rayuan di Putrajaya atas pembebasan bekas Perdana Menteri ini, atas empat kes menggunakan kedudukannya untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi parti Bersatu berkaitan projek Jana Wibawa.


Ketika membaca keputusan itu, Hakim, Azura Alwi berkata, mahkamah memutuskan bahawa pemohonan pendakwaan untuk menggantung dan menangguhkan sepenuhnya prosiding di mahkamah ini, telah dibenarkan.

“Ia sehingga pelupusan kes rayuan pendakwaan selaku pemohon, bagi rayuan melalui notis pada 15 Ogos 2023 diketahui.

video: