'TONY PUA JANGAN TERLALU BIADAB'
Saya dan seluruh ahli UMNO bersedih dan terkesan dengan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap permohonan Dato' Sri Mohd Najib Tun Abd Razak.
Bagaimanapun kita tetap menghormati keputusan tersebut meskipun hasrat untuk melihat bekas Perdana Menteri itu mendapat pengampunan penuh tidak menjadi kenyataan.
Namun begitu, dalam keadaan UMNO bersedih dengan keputusan tersebut, tindakan Tony Pua yang mengeluarkan kenyataan biadab menerusi beberapa hantaran di Facebook miliknya dengan memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Dato' Sri Mohd Najib, jelas sekali menghina sistem perundangan negara.
Tindakan beliau ini juga seolah-oleh cuba meraih publisiti murahan bila mana diri beliau dilihat sudah tidak lagi mendapat sokongan rakyat termasuk ditolak ahli partinya sendiri dan semakin menuju kepada pengakhiran karier politiknya.
Oleh yang demikian, saya mendesak agar Tony Pua membuat permohonan maaf serta memadam semua hantarannya itu atau tindakan undang-undang boleh dikenakan.
Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail
Naib Presiden UMNO
4 Februari 2024