Mangsa yang juga anggota cawangan khas (SB) berusia 39 tahun terkena tembakan semasa mengikuti operasi pencerobohan dan pemburuan haram di kompartmen 124 hutan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sik, Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kematian anggota SB Ibu Pejabat Kontinjen Kedah berkenaan pukul 10 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa anggota cawangan khas dan kakitangan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah dibantu orang awam telah masuk ke Hutan berkenaan pada Selasa lalu.
“Kesemua mereka bergerak pukul 12 tengah hari dan dan bermalam di Kompartmen 103 Hutan Simpan Ulu Muda.
“Mangsa bersama dua orang awam dikatakan bergerak ke Kompartmen 124 pukul 3 petang semalam dengan menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian dan menjalankan siasatan.
“Sehingga pukul 6.30 petang, mereka belum pulang ke tempat penginapan di Kompartmen 103 dan usaha pencarian dijalankan hanya menemui kenderaan mereka di antara Kompartmen 124 dan 125,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, tambah Abdull Razak, pasukan mencari kemudian terdengar bunyi letupan kira-kira pukul 2 pagi sebelum menemui mangsa.
“Siasatan mendapati mangsa termasuk dua orang awam itu dipercayai sesat ekoran cuaca gelap.
“Mangsa kemudian dibawa pulang ke Kompartmen 103 kira-kira pukul 5 pagi dan dihantar ke Hospital Sik sebelum disahkan meninggal dunia,” ujarnya.
Tambahnya, polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 56 tahun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
29 Februari 2024, 9:49 pm
Kredit ➡️ Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial