Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Doktor klinik ditahan, suruh staf pegang kemaluan alasan tunjuk cara lelaki berkhatan


JEMPOL – Seorang doktor klinik swasta di daerah ini ditangkap selepas mencabul pekerjanya dalam kejadian di bandar ini, di sini bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek lelaki berusia 36 tahun itu ditangkap selepas pihaknya menerima laporan mangsa berusia 24 tahun pada pukul 6 petang kelmarin.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kejadian cabul membabitkan mangsa yang baharu bekerja selama sebulan sebagai pembantu klinik itu berlaku di dalam bilik rehat selepas waktu bekerja.


“Kejadian berkenaan merupakan kejadian kali kedua berlaku ke atas mangsa. Kejadian berlaku pada 19 dan 24 Februari lalu.

“Kejadian ini menyebabkan mangsa mengalami trauma sebelum mengadu kepada keluarga sebelum membuat laporan. Keterangan beberapa orang saksi telah diambil bagi membantu siasatan,” katanya.

Suspek kini direman mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun, denda atau sebatan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, individu yang enggan dikenali menyatakan doktor tersebut didakwa meminta mangsa untuk memegang kemaluannya kononnya untuk mengajar cara-cara lelaki berkhatan.

“Doktor terbabit juga meminta pekerjanya untuk menunjukkan kemaluan untuk belajar cara sunat wanita. Pekerja tersebut berasa sangat takut dan cemas apabila doktor tersebut begitu berani bertindak demikian selain gemar menyatakan sesuatu yang membawa ‘double meaning’,” katanya. – KOSMO