Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ismail Sabri persoal berkenaan lampiran tukar lokasi tahanan Najib (video)


KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menjawab persoalan sama ada benar terdapat kewujudan satu lampiran memohon agar bekas Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak ditukarkan tempat tahanan dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah.

Bekas Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertukaran lokasi tahanan itu juga difahamkan terkandung di dalam petisyen permohonan yang dibuat Najib sebelum ini.


Ujar beliau, penjelasan juga perlu buat samada isu tersebut dibincangkan ketika pembentangan rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu pada Disember lalu.

“Saya ingin mengemukakan soalan kepada menteri berkaitan, sewaktu membuat rayuan pengampunan Datuk Seri Najib Razak, saya difahamkan ada lampiran supaya beliau ditukarkan tempat tahanan dari Penjara Kajang ke tahanan di rumah, dan difahamkan ada di dalam petisyen permohonan.

“Adakah ini benar atau tidak? Kalau benar, adakah ia dibincangkan semasa pembentangan rayuan Datuk Seri Najib?

“Yang di-Pertuan Agong sudah memberi isyarat jelas kepada kita semua agar terus bersatu hati membina kembali negara dengan rakyat sebagai keutamaan,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sesi Perbahasan Menjunjung Kasih Dan Tahniah Titah Diraja.

Pada 2 Februari lalu, Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.

Selain tarikh pembebasan awal itu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, turut mengumumkan denda perlu dibayar oleh Najib dikurangkan kepada RM50 juta daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada 23 Ogos 2022, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan Najib untuk mengenepikan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta berhubung kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada bulan Mac tahun lepas, Najib gagal mendapat kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dihadapinya.

Keputusan itu secara majoriti dibuat empat panel hakim yang dibaca Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Vernon Ong Lam Kiat dan disokong Datuk Rhodzariah Bujang, Datuk Nordin Hassan serta Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais. – MalaysiaGazette

video: