Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jambatan Baltimore di AS runtuh, 20 didakwa hilang (video)



WASHINGTON: Sebuah jambatan utama di bandar Baltimore Amerika Syarikat (AS) hari ini runtuh berikutan sebuah kapal terlanggar binaan berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan kira-kira 20 orang serta beberapa kenderaan terjunam ke dalam air di bawah jambatan terbabit.


Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan sebuah kapal kontena melanggar tapak jambatan Francis Scott Key, sehingga menyebabkan keseluruhan struktur binaan keluli itu runtuh ke Sungai Patapsco.

Lampu kenderaan masih boleh dilihat di permukaan jalan apabila jambatan itu melentur sebelum dan runtuh kepada beberapa bahagian dan jatuh ke dalam sungai.

"Malangnya, kami difahamkan terdapat sehingga 20 individu yang mungkin berada di Sungai Patapsco sekarang serta beberapa kenderaan.

"Kami difahamkan berkemungkinan terdapat kenderaan, treler traktor atau kenderaan sebesar treler traktor di atas jambatan pada masa ia runtuh.

"Satu tindak balas kecemasan bertindak selepas perlanggaran, yang berlaku sekitar 1:30 pagi (waktu tempatan), dengan kenderaan respons pertama memenuhi persisiran pantai," kata Kevin Cartwright dari Jabatan Bomba Baltimore kepada CNN.

Penyelam berada di dalam air mencari mangsa yang terselamat, kata Cartwright, dengan kini menghampiri suhu beku. - AFP

video: