Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki Bangladesh kaut untung berniaga sewa 25 skuter elektrik

Penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang merampas skuter elektrik dari sebuah premis tiada lesen dalam serbuan semalam.



GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 25 skuter elektrik dalam serbuan di sebuah premis perniagaan yang dijalankan oleh seorang lelaki warga Bangladesh, semalam.

MBPP dalam kenyataan memaklumkan rampasan dilakukan Jabatan Pelesenan serta Pasukan Risikan dan Operasi Jabatan Penguatkuasaan MBPP yang menjalankan pemeriksaan terhadap perniagaan sewa skuter elektrik tanpa lesen.


“Semasa serbuan pada 11 malam itu, semakan turut mendapati premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah,” menurut kenyataan itu.

MBPP memaklumkan akan terus melaksanakan pemantauan dan tindakan terhadap premis menjalankan perniagaan tanpa lesen terutama kenderaan mikromobiliti bagi menjaga keselamatan orang awam.

Sebelum ini, MBPP menasihati orang awam dan pengunjung di negeri ini supaya tidak menyewa serta menaiki skuter elektrik berikutan penggunaannya di jalan raya adalah dilarang.

Penggunaan skuter elektrik di atas jalan raya adalah bawah tanggungjawab sendiri dan menjadi kesalahan mengikut Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987.