Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Menuntut keberanian Asean hentikan kemaraan China di Laut China Selatan


Dari tahun 2012 hingga 2021, Beijing secara berterusan mengukuhkan tuntutannya terhadap ‘hak-hak bersejarah’ di kebanyakan perairan, dasar laut, dan ruang udara Laut China Selatan, menggunakan paksaan dan ancaman kekuatan untuk berbuat demikian. 

Namun, sejak tahun 2022, momentum telah berubah. Negar-negara Asia Tenggara yang turut menuntut hak sama telah berhenti memberi ruang.

.

Kisah Laut China Selatan yang paling banyak dilaporkan pada tahun 2023 adalah krisis berterusan di sekitar Shoal Thomas Kedua di mana Manila bertekad untuk memperbaiki BRP Sierra Madre. 

Setiap bulan, Pengawal Pantai Filipina (PCG) telah mengiringi kapal-kapal awam untuk terus membekalkan pasukan Manila di atas kapal yang terkandas itu.

Dan setiap bulan, Pengawal Pantai China (CCG) dan pasukan militanya telah menggunakan taktik berbahaya tetapi bukan kinetik untuk menghalang mereka, setakat ini tanpa kejayaan.

Filipina juga telah kembali memastikan keberadaan mereka di sekitar Shoal Scarborough untuk kali pertama sejak tahun 2012 walaupun menghadapi taktik zon kelabu China yang serupa.

CCG dituduh menggunakan laser gred-tentera untuk membutakan sementara seorang ahli kru Filipina pada bulan Februari 2023, diikuti oleh beberapa siri hampir berlakunya pertembungan ketika kapal-kapal China berusaha menghalang laluan kapal-kapal Filipina. 

CCG juga menyembur meriam air pada kapal-kapal kerajaan dan awam Filipina di sekitar Shoal Thomas Kedua dan Scarborough.

Pada bulan Oktober 2023, kapal-kapal China telah bertembung dengan kapal-kapal Filipina di sekitar Shoal Thomas Kedua sebanyak dua kali. 

Satu lagi pertembungan berlaku dua bulan kemudian, kali ini melibatkan sebuah kapal Filipina yang membawa Ketua Staf Angkatan Bersenjata Filipina, Romeo Brawner. 

Pada bulan Mac 2024, berlaku pertembungan ketiga, yang menyaksikan meriam air CCG telah memecahkan cermin hadapan kapal Filipina yang lain. Insiden itu mencederakan empat pelaut termasuk laksamana pemerintah Komando Barat Tentera Laut Filipina.

Dalam setiap kes ini, Filipina memastikan bahawa kamera kerajaan dan awam ada di sana untuk merakam keganasan tersebut, sementara pesawat peronda AS sering berlegar-legar berhampiran. 

Berulang kali, kapal-kapal Filipina berjaya menerobos sekatan.


Dengan Xi Jinping telah memasukkan usaha maksimalis dalam mengejar tuntutan Laut China Selatan ke dalam program politiknya, Beijing tidak mampu atau tidak bersedia untuk mengubah haluan. 

Ia juga tidak bersedia untuk menggunakan kekuatan ketenteraan untuk memenangi Shoal Thomas Kedua, hanya untuk mengambil risiko menggagalkan matlamat yang lebih besar iaitu untuk mempengaruhi kepimpinan serantau dan global.

Kempen perhubungan awam Manila mungkin memberikan gambaran bahawa hanya Filipina sahaja yang teguh menghadapai tekanan China di zon kelabu. Tetapi negara-negara terlibat pertikaian yang lain juga telah secara konsisten beroleh kejayaan terhadap Beijing sejak akhir tahun 2021.

Vietnam telah menggandakan saiz kemudahannya di Kepulauan Spratly, membina pelabuhan baru dan infrastruktur berkaitan untuk mengerahkan kapal-kapal peronda ke pulau-pulau, yang sebelum ini adalah di bawah kawalan eksklusif China. Vietnam juga terus membangunkan lapangan minyak dan gas di sekitar Tebing Vanguard walaupun terdapat rondaan harian CCG.

Walaupun jarang dilaporkan, Indonesia telah membangunkan lapangan gas Tuna walaupun mengalami gangguan berterusan oleh CCG. Malaysia juga meneruskan urus niaga di Kasawari dan lapangan minyak dan gas lain, walaupun turut sama menjadi sasaran CCG.

Perkembangan di lautan yang menjadi pertikaian ini seiring dengan pengukuhan kerjasama keselamatan dan aktiviti diplomatik yang semakin mendalam sebagai tindak balas terhadap tingkah laku China. Pakatan AS–Filipina lebih erat sejak daripada sekurang-kurangnya tahun 1970-an dan Manila sedang mengukuhkan kerjasama keselamatannya dengan Australia dan Jepun.

Kerajaan Presiden Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos telah mula membina semula pakatan antarabangsa yang menyokong kemenangan arbitrasi Filipina tahun 2016, yang telah diabaikan oleh Presiden sebelumnya, Rodrigo Duterte. Pada tahun 2022, India, Korea Selatan dan sebahagian besar Kesatuan Eropah secara terbuka meminta China untuk mematuhi keputusan itu buat kali pertama.

Kerajaan Marcos juga sedang menyelidik kemungkinan mengemukakan kes arbitrasi kedua, yang memfokuskan pada pemusnahan alam sekitar oleh China di Laut China Selatan.


Pada bulan November 2023, Marcos mencadangkan bahawa sudah tiba masanya untuk pemegang tuntutan Asia Tenggara menggesa rundingan mengenai kod tingkah laku sesama mereka sendiri, yang boleh membantu memecahkan kebuntuan dua dekad dalam rundingan ASEAN–China.

Filipina tidak bersendirian dalam usaha diplomatiknya. Pada bulan September 2023, Presiden AS Joe Biden mengunjungi Hanoi untuk menandatangani Kerjasama Strategik Komprehensif AS–Vietnam yang baru – tahap yang sama yang dikekalkan Vietnam dengan China.

Lanjutan segera daripada itu, Hanoi seterusnya menandatangani Kerjasama Strategik Komprehensif dengan Jepun dan Australia.

Lebih jauh ke selatan, Indonesia sejak tahun 2021 telah berulang kali diingatkan bahawa ia sebenarnya turut terlibat sebagai salah satu pihak yang terlibat dalam pertikaian maritim. Pasukan keselamatan Indonesia menjadi semakin bimbang tentang China setelah CCG mengganggu operasi penggerudian eksplorasi di blok Tuna.

Walaupun perkembangan ini telah diabaikan oleh ketidakpedulian relatif Presiden Joko Widodo, ini boleh berubah pada tahun 2024. Bakal Presiden dan Menteri Pertahanan semasa, Prabowo Subianto lebih cenderung untuk bersuara lantang mewakili pasukan keselamatan yang ingin menentang desakan China secara terbuka.

Malaysia, di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim, menjadi satu-satunya anomali, hampir tidak mengatakan apa-apa tentang Laut China Selatan.

Laut China Selatan akan kekal tidak dapat diramalkan pada tahun 2024. Tetapi momentum telah berpindah ke arah negara-negara Asia Tenggara yang menuntut. China tidak dapat mengawal Laut China Selatan tanpa berpindah daripada desakan zon kelabu ke kekuatan ketenteraan secara terbuka – dan ini akan menelan kos yang jauh lebih banyak daripada ganjarannya.

Satu-satunya haluan ke hadapan adalah untuk mengurangkan desakan demi kerjasama pragmatik dengan pemegang tuntutan lain. Tetapi Beijing tidak menunjukkan tanda-tanda perubahan taktik di perairan terbabit, mahupun kesediaan untuk terlibat dalam diplomasi yang lebih produktif.