Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sarjan dan korperal polis dicekup berkhalwat, diarah tukar jabatan


GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang mengarahkan dua anggotanya yang ditahan dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), kerana disyaki berkhalwat semalam, ditukarkan jabatan serta-merta.

Selain itu, kedua-dua anggota yang masing-masing berpangkat sarjan mejar dan koperal itu turut dikenakan tindakan tatatertib oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.


Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad, berkata ketika ditahan, dua anggota terbabit bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya.

"Arahan bertukar jabatan sudah dikeluarkan serta-merta dan tindakan tatatertib diambil oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan dua penjawat awam berusia 37 tahun itu ditahan JHEAIPP dalam serbuan jam 1.30 pagi, di sebuah hotel di Tanjung Tokong, di sini.

Serbuan dilakukan selepas suami kepada wanita terbabit membuat aduan kepada JHEAIPP yang mengesyaki pasangan itu bersekedudukan.