Seluruh dunia alami waktu siang dan malam sama panjang pada hari ini -Mosti (video)
Labels:
Isu Semasa
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan bahawa fenomena masa siang dan malam yang sama panjang akan berlaku di seluruh dunia pada 20 Mac.
Menerusi hantaran di Facebook, MOSTI memaklumkan Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa sepanjang hari tersebut, yang juga dikenali sebagai peristiwa ekuinoks.
"Ketika itu, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam," jelas MOSTI.
Susulan peristiwa ini juga, beberapa kawasan yang betul-betul berada di Garisan Khatulistiwa akan mengalami fenomena tengah hari tanpa bayang. Antaranya seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador.
Manakala, peristiwa tengahari tanpa bayang ini pula akan berlaku sedikit lewat di Malaysia iaitu selepas ekuinoks.
Beberapa kawasan seperti Putrajaya dijangka bakal menghadapi fenomena ini pada 27 Mac dan di Kuala Lumpur pada 28 Mac.
Berdasarkan perkongsian yang dibuat Astro Awani, fenomena ekuinoks biasanya dijangka berlaku di Malaysia sekitar 20-21 Mac dan 23 September.
Ekuinoks merupakan satu fenomena astronomi apabila kedudukan matahari berada sejajar dengan Garisan Khatulistiwa. Hal ini menjadikan bumi dan matahari berada pada jarak paling dekat dalam sistem solar.
Sehubungan itu, pertukaran posisi matahari dari Hemisfera Utara ke Hemisfera Selatan menyebabkan suhu bumi meningkat selain dari jangka masa siang dan malam menjadi sama iaitu 12 jam.
Bagi fenomena ekuinoks di negara kita, kebiasaannya suhu di Malaysia dijangka akan meningkat antara paras 30 dan 35 darjah Celsius.
video: