Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tawar dua lelaki seks dengan isteri dalam kondo dekat Kuala Terengganu



KUALA TERENGGANU: Mahkamah Majistret Kuala Terengganu membenarkan tahanan reman ke atas tiga lelaki atas kesalahan memperdagangkan manusia dilanjutkan selama empat hari lagi.

Sebelum ini ketiga-tiga suspek telah ditahan reman untuk siasatan selama 7 hari berakhir hari ini.


Majistret Noor Mazrinie Mahmood membenarkan kesemua suspek disambung reman untuk siasatan mengikut Seksyen 12/14 Akta Anti Pemerdagangan Manusia (ATIPSOM) 2007.

Ketiga-tiga suspek berumur 29 hingga 48 tahun ditahan di sebuah kondominium di Kuala Terengganu jam 2 pagi 17 Mac lalu.

Mangsa seorang wanita berusia 29 tahun yang juga isteri kepada salah seorang suspek turut berada di lokasi ketika serbuan dibuat oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontijen IPK Terengganu.

Suspek dipercayai menawarkan kepada dua lelaki khidmat seks dengan isterinya dengan bayaran tertentu.

Pemeriksaan lanjut turut menjumpai sejumlah wang tunai dan kondom.