Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

The Gadys tenang saja, dakwa terpaksa nyanyi bukan 'key' sendiri


Kuala Lumpur: "Tak dinafikan persembahan mereka malam itu kurang cantik," kata wakil Valient Music yang menguruskan kumpulan The Gadys. 

Kumpulan dianggotai Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Thamiera Cahn ini mencetuskan perbualan hangat apabila nyanyian mereka pada acara KNKV Viral Award 2024, baru-baru ini dianggap teruk dan merosakkan industri hiburan tanah air.


Persembahan ini turut disiarkan di saluran TV2.

Wakil terbabit menjelaskan, The Gadys awalnya mendapat Minus One untuk tiga lagu iaitu medley Cintaku Sampai Ke Ethiopia nyanyian asal Ria Resty Fauzi, Cinta Sampai Mati (Raffa Affar), dan Gadis Dan Bunga (Rahimah Rahim) dalam 'key' suara yang terlalu rendah. 

"Minus One diterima pada 16 Februari ini memang bukan key mereka kerana terlalu rendah. Selepas berbincang, mereka diberi Minus One yang baru pada 19 Februari dan ia kena dengan 'key' suara mereka. 

"Cuma apabila beraksi pada 20 Februari itu, 'key' mereka tiba-tiba dah lain dan mereka tak selesa menyanyi tapi mereka cuba jalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Mereka bersikap profesional habiskan juga persembahan. Memang mereka 'struggle' nak menyanyi sebab ia bukan 'key' sendiri. 

Sebenarnya kami ada berbincang dengan produksi dan mereka pun terkejut masalah ini terjadi secara tiba-tiba," katanya kepada Harian Metro. 

Menurutnya, agak menghairankan kerana Minus One yang digunakan adalah sama. Bagaimanapun mereka tidak menyalahkan penerbit atau mana-mana pihak dalam perkara ini. 

Wakil itu menambah, The Gadys sememangnya tidak mahu menimbulkan masalah dan cuba sedaya upaya menjaga hati semua pihak. 

"Namun, jadinya beginilah...kena kecam. Ia sesuatu yang tak disangka, tahulah netizen, macamana kecaman yang dilemparkan. 

"Apapun anggota The Gadys tenang sahaja dan anggap satu cabaran dan akan memperbaiki mutu persembahan. Mereka pun ambil kelas vokal dan masih belajar vokal dengan Cikgu Sarah Ismail. 

"Mereka bukan tiada pengalaman kerana pernah buat persembahan di Absolute Music Festival 2022, Gempak Most Wanted 2023 dan terbaru Konsert Hari Radio RTM. Tiada masalah pun," katanya. 

The Gadys akan tampil dengan lagu Raya sempena Aidilfitri ini selain single terbaru terbitan Valient Music yang menjalinkan kerjasama dengan Universal Music Malaysia.

 video: