Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Warga Israel ditahan di hotel, miliki 6 pucuk pistol tujuan bunuh seseorang (video)


Pihak keselamatan menahan seorang lelaki warga negara Israel yang menggunakan passport Perancis dan merampas enam pucuk pistol, maklum Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

"Pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan Bukit Aman telah merampas enam pucuk senjata api di dalam beg di bilik hotel," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.


Razaruddin juga berkata ketika disoal siasat polis, suspek berusia 36 tahun itu memberitahu kedatangannya ke Malaysia bagi mencari seseorang warga Israel untuk dibunuh. Walaupun begitu polis masih menyiasat objektif sebenar suspek.

Menurut ketua polis negara, suspek telah masuk ke negara ini pada 12 Mac lalu melaui Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) dari UAE. 

Sebelum ini suspek telah berpindah dari beberapa buah hotel hinggalah akhirnya tertangkap ketika sedang menginap di hotel dekat Jalan Ampang. 

Polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan.

Kes disiasat mengikut seksyen 12 akta pasport dan seksyen 7 akta senjata api.

"Dia duduk di dua, tiga hotel sebelum ini. Apa yang membimbangkan di sini, isu di Palestin dan Israel.

“Kita juga waspada terutama keselamatan perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong dan pegawai-pegawai, orang kenamaan yang kita perlu ambil kira.

"Mungkin dia ada agenda yang lain yang dia datang sini bermula 12hb sehingga tertangkap,” kata Razarudin.

Ketika ditanya jika individu ditahan itu perisik Israel, Razarudin berkata siasatan pihaknya juga turut mengambil kira aspek berkenaan.

“Kita siasat ke arah itu,” katanya.



video:

identiti suspek