Sambut Aidilfitri lebih awal setelah telefon Allah -Pengurus Masjid (video)
JOGJAKARTA – Jamaah Masjid Aolia, Gunung Kidul, Jogyakarta, merayakan Aidilfitri pada Jumat, 5 April 2024. Lantas hal tersebut telah menuai kehairanan warga maya.
Kelmarin, detik perayaan Aidilfitri yang disambut sejumlah jamaah Masjid Aolia telah menjadi perhatian kerana masjid tersebut merayakan Aifilfitri lima hari lebih awal dari yang sepatutnya.
Bagi mengelak kekeliruan orang ramai, pengurus Masjid Aolia menerangkan bahawa penetapan hari raya pada Khamis (kelmarin) dibuat setelah menghubungi Allah melalui telefon.
“Saya tidak pakai perhitungan, saya telepon langsung kepada Allah ta’ala. Ya Allah kemarin tanggal 4 (April) malam ke 29, satu Syawalnya kapan?” katanya dikutip dari video Antaranews.
Video pernyataan pengurus masjid itu viral di media sosial dan mendapat pelbagai respon dari warga maya dan umat Islam nusantara.
Namun begitu, pengurus masjid itu tidak pula berkongsi nombor telefon tersebut.
video:
-TunCarlos.com