Sumatera Selatan: Dilaporkan seorang bayi bermata satu dilahirkan di Hospital Wilayah Sekayu.
Video kelahiran bayi berkenaan mula tular di kalangan warga maya di Indonesia hingga menimbulkan pelbagai taksiran, tanggapan dan tanda tanya.
“Ya, betul, pesakit itu dirujuk di Pejabat Daerah PALI, kelahiran disambut di Rumah Sakit Daerah Sekayu,” kata Ketua Kesehatan (Dinkes) Sumatera Selatan, Trisnawarman.
Trisnawarman masih belum mengetahui masa sebenar bayi itu dilahirkan. Ketika ini pihaknya masih berusaha untuk mengesahkan butiran bayi itu di Hospital Wilayah Sekayu.
Mengenai keadaan bayi yang mengerikan itu, Trisnawarman berkata, maklumat sedang dicari terus daripada RSUD.
"Saya sedang membuat pengesahan di hospital wilayah. Mengenai kelahiran bayi sebelah mata, kita juga kena tanya doktor berkaitan apa yang menyebabkan ia jadi begitu," katanya.
Sementara itu, Ketua Pejabat Kesihatan Muba, Azmi Dariusmansyah, dan Pengarah Hospital Wilayah Sekayu, Sharlie Esa Kenedy, masih belum memberikan maklum balas apabila disahkan.
video: