Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

15 individu memasak di Petron telah ditahan polis


Bentong: Seramai 15 individu yang terbabit aktiviti memasak mi segera di kawasan stesen minyak, di Genting Highlands, di sini baru-baru ini ditahan polis kelmarin.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman berkata, tangkapan itu membabitkan 10 lelaki dan lima wanita selepas mereka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong dan dibebaskan dengan jaminan polis selepas merakam keterangan mereka.


"Kertas siasatan sedang dilengkapkan dan empat saksi ketika kejadian juga sudah dirakam percakapan mereka bagi membantu siasatan.

"Kita juga akan merujuk kertas siasatan ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk arahan selanjutnya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan satu kertas siasatan dibuka polis berhubung video tular memaparkan aktiviti memasak mi segera di kawasan sebuah stesen minyak, di Genting Highlands, di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan 12.35 tengah hari 14 Mei lalu berhubung klip video memaparkan sekumpulan individu melakukan perbuatan itu yang tular di media sosial.

"Hasil siasatan mendapati klip video berkenaan dimuat naik pada 13 Mei sebelum tular di laman sosial X.

"Klip video berdurasi kira-kira 50 saat memaparkan sekumpulan pemilik kenderaan melakukan aktiviti memasak stesen minyak berkenaan," katanya.

-HarianMetro