Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Lelaki cedera kereta tiba-tiba meletup ketika isi minyak



Kangar: Seorang lelaki cedera apabila tangki minyak keretanya tiba-tiba meletup dan terbakar ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Repoh, di sini hari ini.

Kejadian berlaku sekitar 4.10 petang apabila mangsa berusia lingkungan 40-an itu berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak pada kereta Proton Iswara Aeroback miliknya.


Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perlis, mereka mendapati punca kebakaran bermula di bahagian kiri tempat duduk hadapan penumpang.

"Pihak bomba turut mengesyaki cetusan api ini daripada tindak balas telefon bimbit dengan wap petrol di dalam kereta itu sehingga tercetusnya percikan api di tempat duduk penumpang hadapan kiri itu.


"Selain itu, bomba juga mengambil sampel pengecas telefon bimbit dan rokok di tempat yang dijumpai di bahagian kiri tempat duduk penumpang hadapan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh kakitangan stesen minyak berkenaan sekitar 4.25 petang selepas 15 minit kerja pemadaman dilakukan mereka.

"Mangsa cedera ringan di tangan akibat percikan serpihan kaca keretanya yang meletup dalam kejadian itu dan dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan selanjutnya," katanya.

Katanya, setakat ini kebakaran disebabkan kemalangan semata-mata dan tiada unsur jenayah ditemui.





video: