Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Pelajar wanita IPTS maut jatuh tingkat 21 hotel lepas daftar masuk dengan kekasih



 
GEORGE TOWN: Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) maut selepas jatuh dari tingkat 21 sebuah hotel di Tanjung Bungah, dekat sini, pada Rabu.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahamd, dalam satu kenyataan berkata pelajar perempuan berusia 24 tahun itu meninggal di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di seluruh badan, lapor Sinar Harian.


"Mangsa dikatakan baru mendaftar masuk ke hotel berkenaan bersama teman lelakinya yang berusia 24 tahun pada semalam.

"Dia bagaimanapun ditemui orang awam dalam keadaan tertiarap dengan berlumuran darah di tingkat bawah hotel berkenaan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang, di sini, pada Khamis.

Hamzah menambah, siasatan awal mendapati teman lelaki mangsa hanya menyedari kejadian tersebut selepas ternampak orang awam mengerumuni mangsa di tingkat bawah hotel berkenaan sekitar jam 3.35 petang.

"Kita sedang menyiasat teman lelaki mangsa yang juga pelajar di universiti yang sama untuk membantu siasatan.

"Setakat ini, kita klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut (SDR)," katanya.