Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRK KKB: Enam PDM Melayu kembali dirampas


KUALA LUMPUR: Menurut Setiausaha Agong UMNO, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, enam PDM Melayu kembali dirampas di dalam Pilihanraya Kecil Kuala Kubu Bharu yang baru saja melabuhkan tirai semalan.

"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi syabas dan penghargaan kepada seluruh jentera UMNO terutamanya Bahagian-Bahagian Negeri Selangor termasuk Jentera utama Wanita, Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO yang diketuai oleh Pengerusi UMNO Selangor Datuk Wira Megat Zulkarnain Tan Sri Omardin yang berkampung di PDM-PDM seluruh Dun Kuala Kubu Baharu bagi memastikan kemenangan calon Parti Pakatan Harapan yang mewakili Kerajaan Perpaduan Malaysia."ujar beliau.


Menurut Asyraf, hasil kerja kuat semua juga termasuk sokongan dan dokongan jentera UMNO daripada Negeri-Negeri juga telah memungkinkan untuk kemenangan di 6 daripada 8 PDM Majoriti Pengundi Melayu berbanding keputusan Pilihanraya Negeri tahun lepas yang menyaksikan Parti Pakatan Harapan  kalah di semua 8 PDM ini.

Ini menurutnya jelas membuktikan bahawa pengundi Melayu sudah berubah sikap dan mula menyedari hakikat bahawa sentimen perkauman dan agama tidak boleh lagi dijadikan cagaran untuk meraih undi. 

"Malah mereka mula memahami bahawa Kerajaan Perpaduan Malaysia yang terbangun atas Titah Tuanku Agong ini tidak pernah sesekali meminggirkan agenda Islam dan Melayu-Bumiputera, malah terus diperkasakan sebagai asas kestabilan negara berbilang kaum dan agama." ujar Asyraf.

"InsyaAllah UMNO sebagai salah satu daripada 19 parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan ini akan terus mempertahankan agenda Islam dan Melayu-Bumiputera sebagaimana perjanjian yang dimeterai dan dipersetujui oleh semua. 

"Yang penting lanskap politik baharu ini perlu diperkasakan demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat dan negara." ujarnya.

Keputusan rasmi menyaksikan calon PH Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.

Sock Tao meraih jumlah minimum undi sebanyak 14,000 bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi gabugan itu pada Pilihan Raya Negeri, Ogos tahu lalu.