HULU SELANGOR – Keputusan rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Setakat pukul 8.15 malam, Sock Tao meraih jumlah minimum undi sebanyak 14,000 bagi mempertahankan kerusi yang dimenangi gabugan itu pada Pilihan Raya Negeri, Ogos tahu lalu.
Sementara tiga lagi pencabarnya, calon Perikatan Nasional, Khairul Azhari Saut mendapat 10,132 undi, calon Parti Rakyat Malaysia, Hafizah Zainudin (152 undi)dan calon Bebas, Nyau Ke Xin (188 undi).
Jumlah undi yang dikira setakat ini adalah sebanyak 23,934 atau 60 peratus daripada keseluruhan 40,413 pengundi berdaftar.
Untuk rekod, PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya mewakili PH daripada DAP, mendiang Lee Kee Hiong 21 Mac lalu.
– KOSMO!