Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Seorang maut, seorang cedera kejadian pokok tumbang dekat Jalan Sultan Ismail (video)


Kuala Lumpur: Seorang maut manakala seorang lagi cedera dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail berhampiran sebuah hotel di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian jam 2.19 petang.


Penolong Pengarah Operasi JBPM Kuala Lumpur, M Fatta M Amin berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.

Menurutnya, tiga jentera bantuan dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Jalan Tun Razak dan Sentul turut dihantar ke lokasi membabitkan kekuatan keseluruhan seramai 27 pegawai serta anggota.

"Sebaik tiba di lokasi mendapati terdapat pokok besar tumbang di atas jalan raya dan sebanyak 17 kenderaan terbabit.

"Landasan monorel di sebelah atas turut dihalang dengan dahan pokok dan beberapa fasiliti awam termasuk perhentian bas rosak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, operasi menyelamat segera dijalankan dan dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota.

"Mangsa pertama seorang lelaki berusia 47 tahun disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan manakala mangsa kedua lelaki berusia 26 tahun mengalami kecederaan," katanya.

Katanya, mangsa yang cedera diserahkan kepada paramedik untuk rawatan lanjut.

video: