Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tahanan Rumah Najib: Orang curi RM100 pun tak dapat potong separuh hukuman -Tun M (video)


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berpendapat undang-undang yang ada tidak seharusnya terpilih dan ia terpakai kepada semua orang tanpa mengira pangkat.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas mengenai pengurangan hukuman yang diberikan oleh Najib Razak termasuk titah tambahan supaya dia menjalani tahanan dirumah.


Menurut Mahathir, ia dilihat tidak adil kepada mereka yang menjalani hukuman penjara tetapi tidak mendapat sebarang pengurangan hukuman.

"Orang yang curi RM100, RM200 kena masuk jail, tak pernah dipotong separuh pun hukuman. Tapi orang ni curi berbillion dan mahkamah kata, sembilan hakim kata dia curi duit." 

Sebelum ini Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan bersetuju memberi pengurangan separuh hukuman penjara yang dikenakan ke atas Najib yang kini ditahan di Penjara Kajang.

Untuk rekod, Najib dijatuhkan hukuman 12 tahun dan denda RM210 juta selepas disabitkan bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd (SRC).

video: