Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Anggota polis ditemui mati gantung diri dekat Hentian Nilai


SEREMBAN – Seorang anggota polis ditemukan mati dipercayai menggantung diri di tandas Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Lebuh Raya Utara-Selatan, Nilai arah selatan, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Abdul Malik Hasim berkata, pada pukul lebih kurang 5.45 petang, Balai Polis Nilai telah menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan tentang kejadian terbabit.


“Hasil siasatan awal mendapati si mati yang berumur 25 tahun dan telah berkahwin itu merupakan seorang anggota polis yang bertugas di Kontinjen Kuala Lumpur.

“Si mati dijumpai dalam keadaan tergantung di tiang besi atas penghadang di dalam tandas dan dipercayai telah membunuh diri dengan menjerut lehernya menggunakan jaket disyaki miliknya.

“Bahagian Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Negeri Sembilan telah membantu siasatan di tempat kejadian dan mendapati tiada kesan kecederaan pada tubuh si mati kecuali hanya kesan jerutan di leher akibat tergantung,” katanya ketika dihubungi.

Berikutan itu, katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat. – KOSMO! ONLINE