Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Axia leper dihempap lori


SEORANG lelaki maut selepas kereta yang dipandu dihempap sebuah lori simen di Kilometer 1 Jalan Roban-Kabong, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Saratok Asisten Superintendan Entali Jingan berkata, mangsa dikenali sebagai Hazman Wahab, 36, beralamat di Jalan Sentosa Salim, Sibu.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dari arah Kabong menuju ke Sibu.


Sementara lori simen datang dari arah Pusa menuju ke tapak pembinaan Jambatan Kaba Sungai Krian.

“Siasatan awal di lokasi mendapati kedua-dua kenderaan menggunakan Jalan Negeri dari arah bertentangan.

“Tayar belakang sebelah kanan lori simen tiba-tiba pecah menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu menghempap Axia sebelum terbabas dan menggelongsor ke sebelah kanan jalan secara menyenget.

“Impak insiden terbabit, pemandu Axia tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Roban,” katanya memetik Suara Sarawak.

Jelasnya, kemalangan yang berlaku kira-kira 11.30 pagi turut menyebabkan Axia bewarna putih remuk dan mengalami kerosakan teruk pada keseluruhan bahagian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

-UtusanTV